Susu Pisang Nilofa

  • by

Susu pisang sudah tidak asing lagi di negara Malaysia ini. Bahan asasnya sudah tentu dibuat daripada campuran susu, pisang dan air, tetapi selain dari bahan-bahan penting ini, pelbagai bahan tambah lain masih boleh digunakan bagi kepelbagaian rasa dan kandungannya. Tidak ada satu-pun resipi yang tetap untuk hasilkan susu pisang. Masih terdapat beberapa jenis penambahan bahan asas lain seperti badam atau kekacang dan ada yang dimakan dengan vanila, kayu manis ataupun coklat. Memasuki bulan Disember 2019, rata-rata pengguna internet, facebook mahupun IG sudah pasti mendengar atau mendapat berita akan penjualan susu pisang NILOFA ataupun lebih dikenali sebagai NILOFA Banana Milk. Dan perniagaan susu pisang ini milik usahawan dan juga antara selebriti terkenal di tanahair & antarabangsa, tak lain tak bukan iaitu Neelofa.  Beliau meneruskan lagi legasi bisnes dibawah jenamanya, NILOFA bagi menghasilkan susu pisang yang pertama di Malaysia, hebat bukan…!

Setelah berjaya dengan bisnes hijab/tudung, barangan kosmetik, dan juga pakaian kasual, Neelofa terus mengorak langkah lebih jauh lagi dengan memasuki bidang perniagaan minuman & makanan ataupun dengan panggilan komersilnya iaitu, F&B (food and beverage). Produk susu pisang ni sudapun mendapat liputan yang meluas disamping ianya trending seketika ketika majlis pelancaran produk susu pisang ini bersama dengan kumpulan bisnes yang mana merupakan anak didikan beliau sendiri bagi meneruskan lagi legasi bisnes Neelofa. Produk susu pisang Nilofa secara amnya dapat memberi pilihan minuman susu pisang kepada orang ramai pada harga yang amat berpatutan sekali, jauh lebih murah dengan produk susu pisang yang terdapat di pasaran local. Rata-rata minuman susu pisang ini diimport dari negara luar dan separuh daripadanya adalah datangnya dari Korea.

Adapun ianya masih belum berada di pasar tempatan secara rasmi, akan tetapi dengan bantuan teknologi internet dihujung jari, platform media social seperti FB, IG dan juga Google maka teknik marketing NILOFA telah berjaya khusunya bagi peminat tegar beliau. Tidak lupa juga ada segelintir netizen yang membandingkan susu pisang nilofa dengan mana-mana produk susu pisang yang sudah terdapat di pasaran Malaysia. Dan ada juga dikalangan netizens yang turut mempersoalkan kandungan dan ramuan yang digunakan didalam penghasilan produk susu pisang ini adalah ‘overclaim’. Bagi pendapat admin nilofabananamilk.iklanbiz.com selagi produk susu pisang ini tidak membawa kesan buruk terhadap kesihatan penggunanya, disamping harga susu pisang yang berpatutan, produk susu pisang ini mampu pergi lebih jauh, dan tidak mustahil ianya akan menjadi minuman susu pisang yang terlaris di pasaran kelak.

Menurut sumber terdekat, diceritakan sudah ramai para peminatnya yang sudah mendaftar sebagai stokis produk susu pisang itu dan pengeluaran pertama susu pisang Nilofa ini akan berada di pasaran menjelang awal bulan Disember 2019. Menurut sumber terdekat lagi, pengeluaran pertama ini sudah pun penuh dan dijangka pengeluaran susu pisang kali kedua akan dilakukan pada tahun 2020. Disebabkan marketing ataupun jenama Neelofa sudah pun gah di pasaran Malaysia, ada juga netizen yang memuji Neelofa kerana sentiasa melakukan research market terlebih dahulu sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan. Ketika ditemubual, Neelofa juga turut memberitahu bahawa teamnya turut merancang untuk mempelbagaikan lagi perisa susu pisang, tetapi untuk ketika ini, mereka akan fokus terlebih dahulu kepada susu pisang yang ada di pasaran. Bagi mereka yang mencari susu pisang di sekitar area Alor Setar, bolehlah hubungi agen susu pisang nilofa Alor Setar.